Tuesday, May 12, 2009

Bluey..c pelaga ku



Haaa...ini la c Bluey...sangat biru warna nya kan...

hari ni hari ketiga aku simpan dia d ofis..setakat ni masih agresif lagi laaa..kuat makan lagi....pantang bagi makanan, gerenti habis punya..huhuhu



Ikan ni dibeli di Gaya Street sempena Hari Ibu last sunday..bagi present ngan anak-anak..(menyempat jugak la aku ambik sekong untuk simpan d ofis....), beli 3 ekor ikan pelaga, 2 ekor ikan emas...TAPI.....last monday sekong ikan emas tu mati la pulak....so, tinggal lah 1 ikan emas sejaaaa.. :(

Kos beli ikan ni murahj jak...pelaga = RM3.50 sekong, ikan emas = RM2 sekong..yang bikin mahal perhiasan aquarium nya la pulak :O ...biasa la tu kan...adat org beniaga

Hmm..sikit info pasal ikan pelaga :


Ikan pelaga siam atau ikan sepilau adalah spesis ikan hiasan yang popular di kalangan penduduk Negara Asean. Ikan ini juga dikenali dengan nama saintifik sebagai betta splendens(jenis hiasan) dan betta imbellis(jenis biasa). Betta Splendens kebanyakannya berasal dari negara Siam, Malaysia, Indon dan Kampuchea. Kelebihan berbanding Betta Imbellis adalah ekornya terdapat dalam pelbagai bentuk, warnanya yang menarik dan bersaiz lebih besar. Tidak hairanlah jika dikatakan kesemua kedai ikan ada menjual ikan pelaga siam ini terutamanya Betta Splendens. Adakalanya harga bagi seekor Betta splendens kacukan mencapai RM 2,000 (wauu!!). Ikan Betta Imbellis pula adalah mudah diperolehi daripada sawah padi, lopak tanah liat, paya dan longkang besar disekitar negara Malaysia. Selalunya kita akan menjumpai ikan pelaga ini di bawah daun atau hidupan yang terapung diatas air seperti keladi bunting. Selain itu terdapat juga sebilangan kecil spesis ikan pelaga jenis lain iaitu Betta Bellica, Betta Brederi, Betta Fasciata, Betta Picta, Betta Pugnax dan Betta Taeniata.

So, ikan pelaga aku ni spesis Betta Splendens...ciri-cirinya :
Sifat = Agresif
Lokasi = Sekitar negara Asean

Ekor & Badan = (1) Jantan : Berekor panjang & Badan bewarna

(2) Betina : Ekor Pendek & Badan bewarna

saiz = 7 - 8 cm ... c Bluey punya panjang = 7 cm

Pembiakan = Mudah subur & produktif

Cara Pemakanan = 4 kali sehari

Cara penjagaan =

Air akuarium perlu ditukar 2 kali seminggu dan mesti menggunakan
antiklorin terlebih dahulu...(kalau tidak matilaaaah sang ikan tu nanti).
Akuarium juga perlu dipastikan sentiasa bersih dengan membuang sisa
makanan ikan yang tinggal. Selain itu, bekas ikan juga perlu didedahkan
sikit pada cahaya matahari. Last but not least, jangan tukar air ikan dengan
air bersuhu sejuk

No comments: